‘Perumahan mampu milik, bukan mampu mimpi’ manifesto PSM

‘Perumahan mampu milik, bukan mampu mimpi’ manifesto calon tunggal PSM

R. ARANGKANNAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggariskan tiga teras utama yang didukung sebagai manifesto parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Calon tunggal mereka, R. Arangkannal, 46, berkata, tiga teras utama itu adalah perumahan mampu milik bukan mampu mimpi, kurangkan kos hidup harian rakyat dan skim jana kerja.

Arangkannal yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar berkata, program dan skim milikan rumah disediakan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan gagal menyediakan rumah yang mampu dimiliki rakyat khususnya golongan B40.

Beliau yang mesra disapa sebagai Ara memberitahu, PSM akan berusaha agar kerajaan Johor dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi penyedia rumah rakyat dengan mengutamakan golongan pembeli dan bukannya pihak pemaju semata-mata.

“Kita juga akan tingkatkan bilangan rumah dengan harga RM100,000 ke bawah selain mengawal pemilikan rumah oleh pelabur asing bagi mengaut untung mudah.

“Selain itu, kita juga akan meningkatkan pembinaan rumah sewa projek perumahan rakyat (PPR) untuk golongan miskin bandar,” katanya pada sidang akhbar pengumuman manifesto PSM di bilik gerakan PSM Cawangan Kota Iskandar, di sini hari ini. 

Menurut Ara, bagi mengatasi kos sara hidup rakyat yang tinggi, PSM akan mendesak kerajaan negeri agar mengembangkan industri bekalan makanan tempatan untuk meningkatkan jaminan makanan kepada rakyat Johor.

Katanya, parti juga akan mencadangkan pembukaan tanah kerajaan secara agresif untuk menambah produktiviti tanaman makanan tanpa perlu bergantung kepada hasil import selain mengawal eksport ke Singapura.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya