KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan itu terbabas di atas Jambatan Sungai Puloh, KM 68 Jalan Sri Aman-Kuching pada awal petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt. Alexson Naga Chabu berkata. mangsa Azzy Amirul, 15, mati di tempat kejadian.
Menurut Alexson, Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal berkenaan datang dari arah Sri Aman ke Sekolah Menengah Balai Ringin melanggar penghadang yang menutupi jambatan dan jalan tersebut.
Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh paramedik Klinik Kesihatan Pantu.
Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1983. –UTUSAN










