Pemilik kedai maut dipercayai dikelar

Pemilik kedai maut dipercayai dikelar

A A ANBALAGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dipercayai dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7 malam apabila wanita berusia 29 tahun itu ditemukan  dalam keadaan berlumuran darah di premis perniagaan miliknya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kejadian pergaduhan.

Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher.

“Mangsa dipercayai pemilik kedai ditemukan dalam premis tersebut. 

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis sedang mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN