Nafas-Angkasa ganding bahu bantu kurang kenaikan harga barang

Nafas-Angkasa ganding bahu bantu kurang kenaikan harga barang

ABDUL FATTAH Abdullah (kanan) dan Zamri Yaakob dalam sidang akhbar di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kira-kira lapan juta ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedia berganding bahu dan bekerjasama membantu kerajaan terutama membabitkan isu kenaikan harga barangan keperluan.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengambil kira membabitkan pelbagai aspek termasuk bidang pengeluaran dan peruncitan.

Menurutnya, isu kekurangan bekalan ayam dan telur di pasaran boleh diatasi jika kerajaan memberi peluang kepada Nafas dan Angkasa menjadi pembekal. 

“Punca masalah dan kekurangan bekalan tersebut berikutan terdapat syarikat-syarikat tertentu yang memonopoli pengeluaran dalam menentukan harga.

“Melalui hasil kerjasama itu nanti, sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan menangani isu kenaikan harga barang dengan memecahkan monopoli orang tengah atau syarikat besar.

“Dengan menguasai rantaian bekalan itu nanti, kita percaya isu kenaikan harga barang ini dapat ditangani,” katanya kepada dalam sidang akhbar di Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, usaha menghapuskan campur tangan orang tengah perlu diperhebatkan.

“Dengan usaha yang akan dipergiatkan ini diharap agar pengguna tidak lagi dibebani dengan harga barangan keperluan asas yang tinggi. Nafas kini memiliki 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dengan ahli hampir sejuta manakala ahli koperasi hampir tujuh juta.

“Sebanyak 3,000 outlet yang juga merupakan ahli Angkasa sudah dikenal pasti bersedia menjadi pemudah cara untuk menjual barangan keperluan dibekalkan oleh peladang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, kerajaan diharap dapat membantu memberikan kuota mengimport barangan keperluan kepada Nafas dan Angkasa. 

“Melalui kemampuan dan jaringan masing-masing dalam menguruskan import, secara tidak langsung kita dapat memecah monopoli selain memastikan harga barang dapat dikawal.

“Selain itu, untuk jangka masa panjang, kita perlu melihat kerjasama dengan pelabur asing. Dalam masa yang sama membuat pelaburan di negara jiran dalam mengeluarkan barangan keperluan juga dapat menangani isu ini,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya