KANGAR: sejak pertengahan Mac lalu.
Menurut sumber, tindakan tersebut dibuat susulan kekecewaan terhadap pucuk kepemimpinan PKR cabang itu yang didakwa gagal bertolak ansur sekali gus menyukarkan ruang kerjasama.
Sumber itu berkata, mereka juga telah mengemukakan surat dan laporan rasmi kepada Setiausaha Agung PKR bagi membangkitkan soal ketidakselarasan dan kelemahan pengurusan di peringkat cabang berkenaan.
“Rata-rata AJK yang menang dalam pemilihan lalu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Cabang Kangar yang tidak boleh bertoleransi serta enggan menerima pandangan daripada ahli jawatankuasa sendiri.
“Keputusan tersebut dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.
“Peletakan jawatan beramai-ramai itu bukan sahaja mencerminkan keretakan serius di peringkat cabang malah memberi gambaran bahawa usaha penyelesaian yang telah diambil sebelum ini gagal meredakan konflik dalaman,” katanya.
Mereka yang meletak jawatan tersebut adalah barisan daripada kem Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling yang menang dalam pemilihan tahun lalu.
Dalam pemilihan tersebut, Ay Ling tewas kepada Noor Amin Ahmad bagi perebutan jawatan Ketua Cabang Kangar, namun calon-calon dari kem Timbalan Pengerusi PKR negeri itu menang khususnya bagi jawatan naib ketua cabang dan seluruh barisan ahli jawatankuasa dengan margin perbezaan undi besar iaitu lebih 100 sehingga 265 undi.
Calon daripada kem Noor Amin pada masa itu termasuk bagi jawatan timbalan, naib, ketua wanita dan ahli jawatankuasa Cabang Kangar yang bertanding dalam pemilihan itu tewas.
Sementara itu, Ay Ling berkata, situasi tersebut dilihat membuka persoalan mengenai keupayaan kepemimpinan cabang dalam mengurus perbezaan pandangan serta memastikan kestabilan organisasi di peringkat akar umbi.-UTUSAN.










