MBSA setuju tambah bilangan Bazar Ramadan - Utusan Malaysia

MBSA setuju tambah bilangan Bazar Ramadan

ZAMANI Ahmad Mansor (tengah) menunjukkan piala MVL yang bakal menjadi rebutan beberapa peserta temasya bulan depan di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menambah Bazar Ramadan dalam kawasan pentadbirannya, namun masih meneliti lokasi yang bersesuaian. 

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, peningkatan jumlah Bazar Ramadan tidak menghalang penguatkuasan  prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik Covid-19.

“Buat masa ini cadangan tersebut kita sedang teliti memandangkan kes Covid-19 sedang meningkat. Sebelum ini kita menyediakan 33 kawasan bazar Ramadan dan untuk penambahan kita akan semak kawasan yang sesuai,” katanya dalam sidang akhbar Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia (MVL) di Wisma MBSA, hari ini.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menambah lebih banyak Bazar Ramadan pada tahun ini. 

Exco Pengangkutan dan Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata, peningkatan jumlah bazar akan memberi peluang lebih banyak kepada peniaga untuk berniaga pada bulan puasa nanti.

Mengulas lanjut, Zamani berkata, pihaknya berharap kesemua peniaga makanan juadah berbuka puasa nanti diberi tempat untuk berniaga di lokasi yang ditetapkan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kesemua peniaga bazar Ramadan tidak kira di lokasi ditetapkan dan sekitar bandaraya selaras peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Terutama yang berkaitan SOP yang ditetapkan selaras usaha mengekang pandemik Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN