Lelaki sakit mental meninggal dunia ketika melintas jalan 

Lelaki sakit mental meninggal dunia ketika melintas jalan 

MAYAT lelaki pesakit mental yang dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 69.8 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Sungai Naga, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kelibat seorang lelaki yang setiap hari berjalan kaki dari Kampung Pulai Sebatang ke Bandar Pontian sejauh kira-kira 15 kilometer tidak kelihatan lagi setelah dia terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Sungai Naga, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 63 tahun itu dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 69.8 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, menurut siasatan, mangsa yang merupakan pesakit mental secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan kenderaan yang datang dari arah Pontian tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam longkang berhampiran dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, kenderaan jenis Honda City tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang beralamat di Kampung Parit Mesjid, di sini.

“Sewaktu kejadian, pemandu itu dikatakan dalam perjalanan ke Kluang bagi urusan perniagaan dan telah membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital  Pontian bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..

Mohammad Shofee berkata, ujian air kencing ke atas pemandu kereta yang melanggar mangsa pula negatif daripada sebarang pengambilan bahan terlarang.

Orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya