Dua lelaki berpakaian wanita beraksi tidak sopan ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki berpakaian wanita beraksi tidak sopan ditahan

Polis Johor menahan dua lelaki berpakaian wanita beraksi tidak senonoh di depan Istana Bukit Serene, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor  menahan dua lelaki berpakaian wanita yang bergambar sambil melakukan aksi kurang sopan di depan Laman Mahkota Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan melibatkan lelaki berusia 27 dan 24 tahun  dibuat pukul 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, tangkapan dibuat secara berasingan  di sekitar Taman Nusa Bestari dan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Tangkapan itu dibuat susulan satu hantaran semula yang dimuat naik daripada akaun Facebook ‘Bryan Wee’ dan ‘Deacon Chai’ oleh akaun Facebook Persatuan Bangsa Johor, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial dengan salah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya