PKR umum lima calon pertama PRN Johor - Utusan Malaysia

PKR umum lima calon pertama PRN Johor

LIMA calon PKR, dari kiri, Fakharuddin Moslim, S. Gopalakrishnan, Napsiah Khamis Maharan, Dr. Zamil Najwah Arbain dan Arthur Chiong Sen Sern pada pengumuman calon bagi zon selatan di Hotel Thistle, Johor Bahru. -UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan yang terpalit kontroversi dengan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus diberikan kepercayaan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Gopalakrishnan antara lima calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan daripada PKR untuk bertanding bagi kawasan Johor Selatan.

PKR turut menampilkan tiga muka baharu iaitu Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, bagi kerusi DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, sebagai calon DUN Bukit Batu.

Turut disenaraikan bertanding ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, bagi DUN Kempas.

Sementara itu, Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu ditampilkan semula sebagai calon DUN Larkin.

Pengumuman nama-nama calon dilakukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di sini hari ini yang turut dihadiri, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Anwar, parti berdepan kesukaran untuk menamakan 20 calon bagi PKR untuk PRN Johor kali ini berikutan jumlah mereka yang berkelayakan terlalu ramai.

“Kita hendak pilih 20 orang calon, yang layak 2,000 dan yang berharap (bertanding) 20,000 orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN