BN, PN perlu henti berlakon siapa lebih suci - PKR

BN, PN perlu henti berlakon siapa lebih suci – PKR

LEE CHEAN CHUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN) khususnya UMNO dan Pas perlu henti berlakon bahawa mereka komited dalam melawan rasuah.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menunjukkan mereka gagal dalam melawan amalan berkenaan ketika mentadbir kerajaan.

Sehubungan itu katanya, BN dan PN perlu berhenti dengan mendakwa siapa yang lebih suci dan tidak korup di antara mereka.

“Isu saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai contoh, setakat ini tiada tindakan diambil, maka BN dan PN tidak perlu hipokrit kononnya tolak rasuah.

“Mereka sentiasa bisu dalam isu ini, slogan Keluarga Malaysia ternyata hanya retorik untuk menutup kegagalan kerajaan, jelas kedua-dua barisan itu adalah sama sahaja.

“UMNO dan BN adalah sinonim dengan penyelewengan dan budaya rasuah selama 60 tahun ini. Tidak kira kluster mahkamah ataupun kluster yang lain, virusnya tetap sama,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PKR Johor, hari ini.

Tambahnya, rakyat juga perlu menolak kedua-dua gabungan itu yang merupakan sebahagian daripada kerajaan gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19 sebaliknya mereka sendiri terlibat dalam pergaduhan dalaman.

“Adakah rakyat boleh terus menaruhkan harapan kepada mereka setelah melihat apa yang berlaku, sudah tentu tidak. Dalam PRN Johor ini PKR menawarkan kepimpinan yang komited menolak rasuah. 

“Selama 23 tahun perjuangan, PKR masih konsisten memperjuangkan politik bersih dan telus melalui reformasi institusi dan kesedaran awam,” jelasnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN