Bantuan banjir usahawan mikro bermula 2 Mac

Bantuan banjir usahawan mikro bermula 2 Mac

NOH Omar (tengah) memegang seekor anak lembu melawat Mustawa Dairy Farm Sdn.Bhd.di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seramai 300 usahawan mikro yang terjejas banjir dijangka menerima bayaran pertama pada 2 Mac ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM50 juta

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, bayaran kepada kumpulan tersebut membabitkan beberapa kawasan antaranya di Parlimen Shah Alam, Klang, Puchong dan Kota Raja.

“Pada peringkat pertama ini, bantuan diagihkan kepada usahawan mikro sebanyak RM3,000 yang diuruskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Lawatan ke Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini semalam.

Noh berkata, usahawan yang terjejas banjir boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang TEKUN Nasional.

Jelasnya lagi, selain usahawan mikro, kementeriannya turut mengagihkan pinjaman bernilai 100,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah SME CORP.

“Pinjaman yang diberikan kepada PKS ini tanpa faedah dengan moratorium setahun dan Insya-Allah bayaran juga akan dibuat pada awal Mac ini,”ujarnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya