Baki bayaran sagu hati umrah diuruskan MOTAC

Baki bayaran sagu hati umrah diuruskan MOTAC

IDRIS Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan cek bantuan persekolahan pelajar asnaf di Taiping hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Bayaran saguhati sebanyak RM1,671 seorang kepada 1,000 jemaah umrah yang belum menerimanya kerana penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah akan diuruskan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan membantu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk untuk menyelaraskan bayaran tersebut bagi melancarkan urusan.

“Perkara ini di bawah MOTAC yang akan berhubung dengan pengurusan syarikat agensi pelancongan, saya akan menyelaraskan. Ada jemaah yang belum bayar duit (tempahan menunaikan umrah), jadi golongan ini tidak layak dapat saguhati yang dinyatakan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas penyampaian bantuan persekolahan kawasan Bukit Gantang di Pusat Khidmat Pas Parlimen Bukit Gantang di Simpang, dekat sini hari ini.

Menurut Idris, sekiranya jemaah mempunyai dokumen membuktikan syarikat agensi pelancongan sudah membayar (tempahan menunaikan umrah) di Arab Saudi tetapi tidak ada pemulangan balik, maka mereka layak menerimanya.

“Yang penting ada dokumen pembayaran yang boleh dijadikan bukti, kita akan bagi. Pembayaran sagu hati itu akan dikreditkan hanya menggunakan akaun simpanan Tabung Haji jemaah umrah bagi memudahkan urusan,” katanya.

Idris sebelum ini mengumumkan pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada jemaah umrah yang membatalkan pemergian susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah akan dibuat pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun pembayaran wang sagu hati itu, dijangka dilanjutkan sehingga Mac depan susulan hampir 1,000 dalam kalangan jemaah itu gagal membuka akaun simpanan di Tabung Haji (TH), sekali gus menyukarkan pembayaran dibuat.

Sementara itu, Idris enggan mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berhubung pemberian hibah Tabung Haji sebanyak 3.1 peratus tidak setinggi seperti zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Terpulang pada dialah, apa yang dia nak kata, rakyat yang akan menilainya. Kita tak mahu bergaduh -gaduh kerana isu itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN