Akuarium tiba-tiba bergoyang, penduduk Rembau rasai gegaran - Utusan Malaysia

Akuarium tiba-tiba bergoyang, penduduk Rembau rasai gegaran

NOR Azura Mihat menunjukkan akuarium di rumahnya di Taman Sedia Raja, rembau bergegar secara tiba-tiba susulan kejadian gempa bumi di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Penduduk di tiga buah taman perumahan di daerah ini turut memaklumkan berasa gegaran susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sumatera Barat, Indonesia pagi tadi.

Tiga buah taman perumahan tersebut ialah di Taman Sedia Raja, Taman Chembong Utama dan Taman Chembong Jaya.

Salah seorang penduduk, Nor Azura Mihat, 38, berkata, gegaran yang berlaku pagi tadi menggoncangkan pintu cermin serta akuarium yang terdapat di rumahnya di Taman Sedia Raja.

“Kejadian berlaku kurang seminit, tidak sempat merakamnya. Saya terkejut bila pintu cermin bergegar kuat seperti digoncang orang dan air dalam akuarium juga berkocak.

“Saya cuma melihat di luar rumah jika ada siapa-siapa yang menggegarkan cermin tersebut namun tiada dan saya bertanyakan kepada anak, dia juga rasai gegaran tersebut. Kemudian saya lihat di Facebook dan barulah mengetahui terdapat gempa bumi di Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintenden, Nur Zuliati Razali berkata, gegaran turut dirasai di bangunan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

“Pihak bomba telah memantau keadaan bangunan IPD Rembau dan setelah pemeriksaan keselamatan dilakukan, bangunan disahkan berada dalam keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN