Wujudkan habitat baharu harimau - Utusan Malaysia

Wujudkan habitat baharu harimau

Kelibat harimau belang yang berada di luar pagar sempat dirakam seorang guru Sekolah Kebangsaan Balar di Kampung Perawas Pos Balar Gua Musang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan lokasi khas untuk melepaskan harimau yang diganggu habitatnya bagi mengelakkan konflik manusia dengan binatang liar ber­kenaan berterusan.

Inj kerana sebarang usaha pemuliharaan serta pembiakbakaan haiwan liar berkenaan akan menyebabkan pertambahan jumlah di kawasan pusat konservasi tersebut.

Pensyarah Kanan, Bidang Zoologi, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Farah Shafawati Mohd. Taib berkata, usaha konservasi Harimau Malaya memang bagus tetapi perlu ada kerjasama kerajaan dan jabatan negeri jika mahu berjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama perlu diadakan antara jabatan negeri-negeri dan pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan jika mahu melindungi populasi Harimau Malaya sebagai simbol Jata Negara.

“Bagi saya, kerana konservasi hutan jatuh di bawah tanggungjawab jabatan negeri, kerjasama antara kerajaan dan jabatan negeri perlu ada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan program penghutanan semula untuk konservasi, pemulihan dan baka biak bagi memastikan populasi harimau Malaya dan binatang liar lain tidak pupus.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Malaysia berdepan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, jika tiada tindakan segera dilakukan bagi konservasi Harimau Malaya.

Sementara pegawai lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri perlu berhenti melakukan aktiviti pembalakan yang secara langsung memusnahkan habitat binatang liar.

“Mereka memusnahkan habitat dengan alasan ingin menjadikan tanah itu sebagai ladang monokultur, hingga harimau dan binatang liar lain hilang tempat tinggal dan sumber kitaran makanan mereka lalu menimbulkan konflik kepada manusia,” jelasnya.

Beliau turut menegur tindakan menembak mati seekor harimau belang yang membaham penduduk Orang Asli di Kampung Sau, Pos Bihai, baru-baru ini.

“Sepatutnya tembak de­ngan ubat pelali, tidak perlu hingga membunuh haiwan ter­­sebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini