Situasi air pasang besar Selangor terkawal - Utusan Malaysia

Situasi air pasang besar Selangor terkawal

HAKISAN pantai akibat fenomena air pasang besar di Kampung Pengkalan Kolam, Mengabang, Telipot, Kuala Nerus, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua di negeri ini masih terkawal.

Situasi di Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mendapati air berada di bawah paras 4.9 meter (m) dan tidak mengakibatkan limpahan teruk.

Limpahan ekoran hujan berterusan hanya melibatkan Kampung Sungai Nangka dan Kampung Klanang, Banting yang dilanda banjir semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, paras air setinggi 0.6 meter di kawasan itu mula surut dan menunjukkan penurunan pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi pemantauan menyeluruh dijalankan pihaknya bersama beberapa agensi lain bermula pukul 5 pagi tadi.

“Paras air bagaimanapun mula surut dan tiada pemindahan mangsa dilakukan kecuali di Banting,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk pesisir pantai khususnya di Pantai Barat Semenanjung berwaspada ekoran fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari sehingga Rabu ini.

Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya fenomena itu disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

Kawasan-kawasan berisiko adalah di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; (Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam serta Kuala Langat, Selangor dan Batu Pahat serta Pontian, Johor.

Jelas Norazam, penduduk terutama berdekatan pantai perlu sentiasa berwaspada dan bersedia sekiranya diarah berpindah.

“Semua agensi pengurusan bencana daerah akan memantau keadaan air pasang terutama pada awal pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×