PETALING JAYA: Kerajaan disaran menyemak semula gaji penjawat awam yang ketika ini masih menggunakan Sistem Penjawat Awam Malaysia (SPWM) yang hanya ditambah baik daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM), 20 tahun lalu. Meskipun adanya sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), namun ia terpaksa dibatalkan dan SSM ditambah baik, tetapi tidak diganti dengan skim yang baharu. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, kerajaan…