PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan membuat penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah adalah untuk mengekang berlaku mudarat lebih besar di negara ini akibat penularan varian Omicron yang lebih dahsyat. Jumlah jemaah umrah dikesan positif Covid-19 merekodkan 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada keseluruhan 11,108 jemaah berdasarkan data sehingga 30 Disember lalu iaitu sejak kumpulan pertama berlepas ke tanah suci pada 13 Oktober. Daripada 64 kes jangkitan melibatkan varian Omicron pula, 32 kes atau…










