Pengembara pernah dijangkiti Covid-19 tak perlu kuarantin wajib - Utusan Malaysia

Pengembara pernah dijangkiti Covid-19 tak perlu kuarantin wajib

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa esok, pengembara yang tiba di Malaysia dan pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari serta lengkap vaksinasi Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun mereka perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).

“Bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi pula dikenakan kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin dan perlu lakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta ditempatkan di PMA.

“Untuk pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih terpakai. Kerajaan akan memaklumkan  perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau berkata, berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19, kerajaan mengambil pendekatan iaitu mereka hendaklah telah menerima vaksin lengkap dengan bukti penerimaannya. 

Menurutnya, selain itu, bukti telah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia melalui keputusan ujian makmal dicetak atau secara digital.

“Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat Fit to Travel daripada pengamal perubatan di hospital berkenaan.

“Bagi pengembara yang menjalani pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK antigen (Ag) profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia. Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya. 

Tambah beliau, kesemua dokumen berkaitan bagi perkara tersebut hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk sekiranya diminta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya