PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengembalikan fungsi dan peranan sekolah asrama harian untuk golongan B40 dan murid-murid yang tinggal di kawasan pedalaman agar mereka tidak tercicir daripada agenda pendidikan negara. Sekolah asrama harian sebelum ini banyak membantu murid-murid dalam kalangan keluarga kelompok B40, miskin dan yang tinggal di luar bandar meneruskan persekolahan mereka hingga ke tingkatan lima. Peranan asrama harian sejak 1960-an dan 1970-an telah berjaya menghasilkan ramai murid miskin yang…










