Menara Taming Sari dibuka semula

Menara Taming Sari dibuka semula, 18 pengunjung terawal naik percuma

WAJAH ceria sebahagian pengunjung terawal yang bertuah menikmati kemasukan percuma sempena operasi semula Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menara Taming Sari menawarkan kemasukan percuma kepada 18 pengunjung terawal sempena pembukaan semula operasinya petang semalam, selepas ditutup sementara selama dua minggu untuk kerja-kerja penyelenggaraan utama termasuk penggantian kabel baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nur Azan Hasan berkata, penutupan dari 18 Januari hingga 2 Februari itu turut melibatkan penyelenggaraan sistem pendingin hawa dingin serta beberapa komponen pen­ting lain bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Katanya, penggantian kabel berkenaan merupakan amalan berkala yang dilaksanakan setiap 10 tahun, dengan kali terakhir dilakukan pada 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggantian kabel ini memang dijadualkan setiap 10 tahun bagi memastikan operasi lebih selamat dan memberi keselesaan maksimum kepada pengunjung.

“Pada 2014 dahulu, kami memberikan 10 kemasukan per­cuma, manakala kali ini 18 orang pengunjung terawal menikmati tawaran sama sempena pembukaan semula,” jelasnya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambah Nur Azan, langkah berkenaan bukan sekadar penyelenggaraan rutin, sebalik­nya sebahagian daripada ko­mitmen pihak pengurusan un­tuk mengekalkan status menara pandang ikonik itu sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Kerja-kerja ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi selain memastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

“Kami mahu setiap pengunjung berasa yakin dan selesa ketika menikmati pengalaman di menara ini,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang ta­hun 2025, lebih 500,000 pengunjung dan pelancong menikmati tarikan menara pandang setinggi 110 meter yang berputar 360 darjah itu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara produk pelancongan utama negeri ini.

Selain menawarkan panorama indah bandar raya Melaka, Menara Taming Sari turut menganjurkan pelbagai program sampingan yang berjaya menghidupkan lagi suasana pelancongan setempat. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×