fbpx

22 Januari 2022, 4:07 pm

  TERKINI

Jika keluar lagi KWSP, lagi ramai pesara miskin

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebarang pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhuatiri akan mengakibatkan lebih ramai rakyat bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketika ini separuh ahli KWSP mempunyai simpanan di bawah RM10,000 dan daripada jumlah itu, 55 peratus adalah bumiputera.

Selain itu, menurut beliau,  sebanyak 79 peratus ahli KWSP didapati mempunyai simpanan kurang RM1,000 dengan majoriti mereka juga bumiputera.

“Jika kita membenarkan pengeluaran tambahan ini, ia akan menyebabkan kemerosotan simpanan persaraan, sekali gus menjadi beban besar kepada seluruh Keluarga Malaysia pada masa depan.

“Kita jamin kerajaan peka akan masalah rakyat dan pelbagai pendekatan diusahakan bagi memelihara kebajikan golongan B40 dan M40,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.

Bancian awam berkaitan Pengeluaran KWSP i-Citra oleh Pemuda UMNO baru-baru ini mendapati 97.1 peratus atau 21,524 individu memerlukan pengeluaran RM10,000 secara one off bagi meringankan beban ketika ini.

Mengulas lanjut mengenai hasil bancian oleh Pemuda UMNO itu, Tengku Zafrul berkata, pihaknya tidak mengetahui bagaimana cara bancian berkenaan dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Zafrul berkata, dalam belanjawan 2022, lebih RM31 bilion diperuntukkan untuk subsidi bantuan serta insentif bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Katanya, ini termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan memperuntukkan RM8.2 bilion kepada 9.6 juta penerima BKM.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI