Covid-19: Kaji keperluan dos penggalak keempat - Utusan Malaysia

Covid-19: Kaji keperluan dos penggalak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat bagi menyekat penularan Covid-19. 

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kajian mengenai pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac tidak mencukupi dalam membendung penularan varian Omicron.  

“Kita telah menerima berita tersebut dan kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji maklumat diperoleh. Mereka akan buat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) seperti biasa. 

 “Sama ada mereka yang telah terima Sinovac-Sinovac-Pfizer mesti dilengkapi satu dos lagi, masih  terlalu awal untuk buat kesimpulan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini. 

Menurut beliau, kajian dijalankan kumpulan teknikal tersebut dikendalikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya