Bekas bomba berputih mata, duit RM22,000 hangus terbakar - Utusan Malaysia

Bekas bomba berputih mata, duit RM22,000 hangus terbakar

Mohd. Shah menunjukkan tempat duit simpanannya berjumlah RM22,000 ribu yang hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Kampung Seri Bunian, di Pontian, disini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat berputih mata apabila wang simpanan RM22,000  untuk membina rumah  hangus dalam kebakaran di Kampung Seri Bunian, kira-kira pukul 10 pagi di sini, pagi ini.

Mohd. Shah Berhawi, 55, berkata, semasa kejadian, dia berada di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas membuat rumah seorang penduduk bersama tiga orang anaknya.

Katanya, tiga anaknya Eve, 8, Evelin, 6, dan Denish, 4, mengikuti ke tempat kerja kerana tiada sesiapa untuk menjaga mereka.

 “Sebaik dimaklumkan, rumah disewa saya terbakar saya bergegas pulang tetapi ketika sampai rumah tersebut sudah hangus termasuk wang simpanan RM22,000,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian hari ini.

Kata Mohd. Shah, setelah meninggalkan perkhidmatan sebagai anggota bomba, dia bekerja sebagai  tukang rumah.

Turut terbakar dalam kejadian tersebut  rumah seorang jirannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya