PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memiliki bekalan stok minyak mentah dan terproses hampir 1.58 juta tan sehingga Disember lalu dan jumlah tersebut mampu memenuhi permintaan pengguna sekali gus menolak dakwaan ada elemen penyelewengan atau campur tangan kartel dalam industri tersebut. Bercakap kepada Mingguan Malaysia Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pihaknya menafikan dakwaan berhubung kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi atau minyak peket seperti dilaporkan…