31 sekolah di Johor terlibat banjir tidak dibuka esok - Utusan Malaysia

31 sekolah di Johor terlibat banjir tidak dibuka esok

Sekolah di Johor yang masih terjejas akibat banjir tidak akan dibuka esok. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 31 buah sekolah di negeri ini tidak akan dapat menjalani sesi persekolahan penggal ketiga yang bermula esok kerana masih terkesan akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,  Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, daripada jumlah itu, 23 buah sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sementara selebihnya masih dinaiki air.

Katanya, PPS yang dibuka itu melibatkan masing-masing lapan buah sekolah di Segamat dan Tangkak, lima sekolah di Muar dan dua sekolah di Batu Pahat. 

“Sebelum ini, sebanyak 46 sekolah di negeri ini dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir yang terlibat tetapi dalam keadaan banjir semakin pulih, separuh daripadanya sudah ditutup.

“Bagi sekolah yang masih dijadikan PPS, ia tidak akan beroperasi esok dan akan kekal menjadi PPS sehingga isu banjir ini selesai,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Permainan Tradisional, di sini hari ini. 

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sebanyak 1,184 buah sekolah di negeri ini dijadualkan menjalani Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022, esok mengikut jadual yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Mengulas lanjut, sekolah yang dinaiki air yang melibatkan empat buah sekolah di Tangkak, tiga buah sekolah di Segamat dan sebuah sekolah di Muar juga tidak akan memulakan sesi persekolahan esok.

Jelasnya, sesi persekolahan bagi lapan buah sekolah yang terjejas itu hanya akan bermula sebaik keadaan banjir pulih.

“Setelah keadaan banjir pulih dan kerja-kerja pembersihan sudah selesai, barulah sekolah ini akan menyambung sesi persekolahan penggal ketiga.

“Bagi sekolah lain yang tidak terlibat banjir, sesi persekolahan akan berjalan seperti seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan,” katanya. 

Tambahnya, seramai 684 pelajar di negeri ini telah dipindahkan ke PPS dan sehingga kini 369 daripadanya masih berada di PPS yang masih dibuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya