fbpx

20 Mei 2022, 3:24 am

  TERKINI

Polis siasat majlis kahwin selebriti terkenal langgar SOP

TANGKAP layar video memaparkan kehadiran tetamu majlis perkahwinan pasangan selebriti didakwa tidak mematuhi SOP ditetapkan yang tular di sebuah villa Genting Highlands di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah villa di Genting Highlands, dekat sini.

Paparan majlis perkahwinan itu dalam video berdurasi 41 saat berlaku pada 15 Disember lalu, pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, menerusi paparan itu, tetamu yang hadir dilihat tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan menyaksikan suasana kemeriahan itu melanggar SOP berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat. 

“Kita menerima laporan pada pukul 10 malam tadi. Polis akan bertindak mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan selebriti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes itu disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan  Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Sehubungan itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut bagi memudahkan siasatan dijalankan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.

Jelas, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau penyaluran maklumat berkaitan insiden bolehlah menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN ONLINE 

POPULAR

KOSMO! TERKINI