Mohd. Hafiz TNC HEPA Unisza yang baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Hafiz TNC HEPA Unisza yang baharu

MOHD. HAFIZ YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Hafiz Yusoff dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang baharu.

Pelantikan Pengarah Bahagian Governan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) itu berkuat kuasa esok hingga 14 Disember 2024.

Mohd. Hafiz yang merupakan pakar bidang teknologi maklumat termasuk e-pembelajaran  dan teknologi pendidikan pernah berkhidmat di Unisza pada Mei 2018 hingga Januari 2020 sebagai pensyarah di Fakulti Informatik dan Komputeran.

Beliau kemudian bertugas di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) Kedah pada Februari 2020 hingga Ogos 2021 di samping menjadi Ketua Fasilitator untuk Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) untuk sesi 2022 dan penilai lebih 20 kolej swasta di Malaysia pada 2012 dan 2013.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan Unisza, Muzafar Mohd. Din berkata, seluruh warga universiti mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi atas pelantikan tersebut. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.