Akaun TikTok ‘Abang Viva’ cecah 80,000 pengikut - Utusan Malaysia

Akaun TikTok ‘Abang Viva’ cecah 80,000 pengikut

TANGKAP layar akaun TikTok milik Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akaun TikTok ‘Abang Viva’, seorang sukarelawan yang tular dalam media sosial sehingga mendapat pujian masyarakat  menggunakan nama @abangvivaofficial meraih lebih 80,000 pengikut dalam masa kurang 24 jam.

‘Abang Viva; atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 29, memulakan akaun tersebut semalam bagi menunjukkan kepada masyarakat ke manakah duit sumbangan yang diberi mereka disalurkan.

Dalam sesi live menerusi akaun TikTok rasminya itu, Azwan memaklumkan kewujudan segelintir individu yang menggunakan namanya bagi mendapatkan keuntungan peribadi.

Jelasnya, dia akan membuat laporan polis jika masih ada pihak yang ingin mengambil kesempatan menggunakan namanya bagi mengumpul sumbangan daripada masyarakat.

Berhubung isu usahawan yang ingin memberinya kereta, Azwan berkata,  dia akan berjumpa dengan usahawan tersebut bagi berbincang mengenainya.

“Kalau bersyarat saya tak ambil tetapi kalau dia betul ikhlas nak bagi saya ambil,” katanya semasa sesi live TikTok.

Rata-rata netizen turut menghujani sesi live tersebut dengan kata-kata semangat dan pujian supaya Azwan terus membantu mangsa-mangsa banjir

“Satu Malaysia doakan abang, tahu tak abang dah jadi contoh yang terbaik buat kami semua, tabik hormat bang. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan abang, dimurahkan rezeki dan dijaga kesihatan dengan baik,” komen Azman Man.

“Abang jangan lupa diri bila dah terkenal ni, semoga abang terus fokus dengan apa yang abang buat sekarang dan sentiasa dapat redho Allah,” komen Ameer Hamzah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya