33 mangsa banjir dipindahkan di Kuantan - Utusan Malaysia

33 mangsa banjir dipindahkan di Kuantan

BERAPA mangsa di Jalan Sungai Soi Kempadang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang setelah kawasan itu dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini mulai banjir.

Sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak 33 orang membabitkan 11 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini. 

Dua PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kempadang dan SK Beserah. 

Mangsa terlibat melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Kempadang (24 orang, sembilan keluarga, Kampung Rumbia (tiga orang, satu keluarga) dan Kampung Bugis yang melibatkan enam orang daripada satu keluarga.

Ekoran hujan berterusan sejak semalam, turut berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di daerah ini.

Ia berlaku berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, bulatan Jabor, Petronas Balok Makmur Gebeng, Jalan Kemaman Kampung Darat Beserah, Jalan Kampung Tengah, Seri Teruntum dan Kampung Lamir di Jalan Pekan-Kuantan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya