UMT lonjak 28 anak tangga, kini di kedudukan 167 terbaik Asia - Utusan Malaysia

UMT lonjak 28 anak tangga, kini di kedudukan 167 terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencatatkan pencapaian membanggakan menerusi lonjakan 28 anak tangga dalam penarafan QS Asia University Ranking 2022.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kejayaan itu sekali gus membolehkan universiti berkenaan menduduki tangga ke-167 berbanding 195, tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan empat tahun berturut-turut sejak 2019 itu dalam masa sama mengukuhkan kedudukan UMT sebagai universiti ke-16 terbaik negara.

“Prestasi UMT naik dalam hampir semua indikator yang dinilai dengan indikator pengantarabangsaan menyumbang markah tertinggi walaupun dunia masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kejayaan ini selari dengan usaha kita dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dan menunjukkan strategi keterlihatan global yang dilaksanakan di bawah Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 berhasil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kejayaan itu tentunya menyemarakkan lagi semangat warganya untuk terus maju ke hadapan dalam memenuhi visi UMT sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan dihormati di peringkat global. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN