Rewcastle-Brown dalam senarai individu dikehendaki polis - Utusan Malaysia

Rewcastle-Brown dalam senarai individu dikehendaki polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown disenaraikan sebagai individu dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemakluman itu susulan waran tangkap dikeluarkan terhadap Rewcastle-Brown oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September lalu berikutan kegagalan beliau hadir untuk pertuduhan kes fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pertuduhan membabitkan Rewcastle-Brown dilakukan mengikut seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintenden Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd. Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low menjadi penasihat TIA. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya