PETALING JAYA: Keputusan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk melepaskan mana-mana pegangan atau menukar portfolio pegangannya tidak pernah dibuat atas tekanan untuk membayar dividen kepada kerajaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, aliran tunai syarikat minyak dan gas negara itu juga dalam keadaan baik dan cukup untuk melunaskan komitmennya. Katanya, didorong harga produk yang baik, daya tahan operasi berterusan dan kecemerlangan komersial, Petronas telah menjana…










