Pengundi positif Covid-19 tidak boleh ke pusat mengundi - Utusan Malaysia

Pengundi positif Covid-19 tidak boleh ke pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Pengundi yang disahkan positif Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi di lokasi ditetapkan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pihaknya menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di pusat pengundian.

Katanya, perkara itu termasuklah proses saringan di pintu masuk lokasi pengundian.

“Mereka mempunyai bergejala akan ditempatkan di khemah yang disediakan dengan pemantauan Kementerian Kesihatan.

“Selain itu, kita menetapkan arahan penjarakan fizikal dan pemeriksaan suhu di lokasi pengundian.

“Oleh para pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN