Pengasingan guru tidak divaksin untuk lindungi semua orang - Utusan Malaysia

Pengasingan guru tidak divaksin untuk lindungi semua orang

TANGKAP layar rakaman seorang individu mendakwa sebagai guru sebuah sekolah di Ipoh diasingkan di bilik stor kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tular dalam media sosial sejak kelmarin. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengasingan guru di sekolah adalah bertujuan memastikan keselamatan semua pihak termasuk murid dan guru divaksin bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan Covid-19 sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Perkara itu dijelaskan Pengarah Pendidikan Ne­geri Selangor, Anismah M. Noh yang memberitahu, dalam masa sama, guru tidak divaksin secara tidak langsung dilindungi apabila diasingkan daripada guru lain yang dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.

“Terdapat mereka tidak mahu divaksin masih berdegil masuk ke kelas dan mengajar kerana me­ngatakan itu tanggungjawab mereka untuk me­ngajar. Bila berlaku begitu, jadi konflik antara penge­tua dengan guru terbabit.

“Sepatutnya, guru itu kalau hendak mengajar, perlu buat secara dalam talian. Tetapi, murid pula berada di sekolah dan tidak dibenarkan bawa gajet ke sekolah. Itu masalah lain pula,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau menambah, pe­ngasingan yang dilakukan bukanlah bersifat emosi, sebaliknya arahan yang ditetapkan oleh kementerian untuk dilaksanakan supaya mereka tidak merisikokan diri dengan bergaul bersama guru dan murid divaksin.

Beliau turut menempelak guru yang mendakwa ditempatkan di tandas dan stor seperti tular dalam media sosial dan menjelaskan hal itu se­ngaja diada-adakan serta menyifatkannya sebagai ‘menokok tambah cerita’.

Beliau yang mengetahui hal sebenar memberitahu bilik berkenaan asalnya adalah bilik persalinan untuk kegunaan guru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN