Pekerja hotel maut motosikal ditunggang rempuh lembu - Utusan Malaysia

Pekerja hotel maut motosikal ditunggang rempuh lembu

Mayat Aizal Abdullah meninggal dunia di di Jalan Simpang Bekoh-Rim, Jasin, Melaka selepas motosikal ditungganginya merempuh lembu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang pekerja hotel maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor lembu di Jalan Simpang Bekoh-Rim, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 5.25 pagi, Aizal Abdullah, 47,  meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Simpang Bekoh ke Rim. 

“Setiba di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengelak dan merempuh seekor lembu yang berada di atas jalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Susulan itu, beliau mengingatkan agar penternak lembu khususnya berdekatan lebuh raya agar bertanggungjawab dengan peliharaan masing-masing atau berdepan dikenakan kompaun membiarkan haiwan mereka berkeliaran sehingga membahayakan keselamatan orang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya