Farizal teruja jumpa ‘sifu’ lama - Utusan Malaysia

Farizal teruja jumpa ‘sifu’ lama

FARIZAL MARLIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ada dua ke­terujaan yang dirasai kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang final Piala Malaysia esok, pertama dia akan bertemu jurulatih lama, Bojan Hodak yang kini membimbing Kuala Lumpur City (KL City) dan kedua, dia tidak sabar untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Penjaga gol berusia 35 tahun itu berkata, dia teruja untuk memburu Piala Malaysia sekali lagi selepas memenanginya buat kali pertama bersama Negeri Sembilan pada 2011, sebelum membantu Harimau Selatan muncul juara 2019.

Pemain kelahiran Maran, Pahang tersebut mengakui, edisi kali ini amat istimewa kerana Piala Malaysia menyambut ulang tahun ke-100.

“Pada final nanti, kami bertemu pasukan kendalian bekas jurulatih JDT, pastinya ketua jurulatih (Hodak) tahu serba sedikit mengenai keupayaan pemain JDT, jadi kami perlu memberi tumpuan penuh dalam 90 minit kerana lawan mempunyai muslihat,” ujarnya.

Kata Farizal, selepas menjadi penonton pada 2017 gara-gara digantung lapan bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dia kembali pada 2019 dan membantu JDT menjulang Piala Malaysia ketiga.

“Saya mahu tambah koleksi kejuaraan bersama JDT dan menamatkan musim ini dengan gemilang,” katanya, yang menjadi tonggak Harimau Selatan menjulang Liga Super kelapan berturut-turut.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora pula memberi lebih tumpuan kepada pemulihan pemain selepas mengharungi jadual padat dengan tempoh rehat terlalu singkat.

“Buat masa ini, fokus tertumpu kepada pemulihan pemain, terutama tonggak yang akan diturunkan menentang KL City.

“Soal taktikal dan strategi, kemudian kerana saya rasa pemain tiada masalah hendak mengikut taktikal yang diberi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya