Covid-19 tanpa kluster baharu dikesan hari ini - Utusan Malaysia

Covid-19 tanpa kluster baharu dikesan hari ini

n tidak mengesan kluster bahari wabak Covid-19 hari ini. - GAMBAR HIASAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun lalu merekodkan kes harian Covid-19 tanpa  kluster  baharu hari ini sejak negara  dilanda wabak tersebut. 

Ketiadaan  kluster jangkitan  menjadikan keseluruhan kluster yang masih aktif kini kekal  266 kluster manakala kluster sudah ditamatkan sebanyak  5,574.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian kes positif wabak turun berkurangan iaitu 5,162 kes berbanding semalam, 5,809 kes.

“Sebanyak 524 kes, pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 265 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP),” kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, berlaku  pertambahan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 55 kes berbanding kelmarin, 41 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 11 daripada 55 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,994 kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN