Bila tak menjadi, kami macam pesalah tunggu hukuman - Tapai - Utusan Malaysia

Bila tak menjadi, kami macam pesalah tunggu hukuman – Tapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak Tapai, melahirkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu lalu yang mana baginya, pihak juri seakan-akan tidak menghargai usaha pelawak yang bertungkus-lumus mencuba menyajikan persembahan yang terbaik.

Menurut Tapai, saban minggu, pelawak yang bertanding masing-masing tentunya berhempas pulas untuk memerah otak dan mengeluarkan idea demi mencari kandungan untuk dipersembahkan di pentas.

“Setiap minggu kami memerah otak mencari kandungan untuk dipersembahkan di pentas. Bila persembahan itu menjadi, kami dipuji dan diangkat setinggi-tingginya.

“Tapi bila tak menjadi, kami ibarat pesalah yang menanti hukuman untuk dihentam. Kalau ada kekurangan, sila nyatakan apa kekurangan kami,. Supaya boleh diperbaiki untuk menjadi lebih baik.

“Nilailah kami sebagai anak seni yang berkarya di pentas. Bukannya menilai kami seperti orang yang tak tahu apa itu komedi. Semua yang berada di pentas itu adalah yang terpilih, bukan sembarangan orang,”katanya.

Tapai berkata demikian dalam satu komen yang ditinggalkan di akaun Instagram pelawak Shahrol Shiro baru-baru ini.

Selain itu, kata Tapai, dia mewakili pelawak-pelawak lain amat berharap agar mana-mana pihak yang duduk di kerusi juri lebih adil dalam melakukan tugas selain tidak menilai berdasarkan populariti.

“Cukup-cukuplah pandang populariti. Kami sedar, kami kalah populariti tetapi kami tahu apa itu komedi.Jadilah adil dalam menilai,”katanya.

Selain itu, kata Tapai, dia juga percaya setiap pelawak era baru tanah air akan menganggap pentas MLM sebagai satu pentas keramat dan seharusnya ia dijaga dengan baik.

“Pentas MLM adalah pentas keramat untuk semua pelawak di Malaysia ini. Di sinilah, kami akan bermula untuk mencari tapak dalam industri lawak Malaysia.

“Di sini rumah kami, dan di sini juga kami mencari rezeki. Kami bukan badut yang berada di pentas untuk memperbodohkan diri sendiri. Dalam kami bertanding, pentas ini juga adalah pentas untuk kami menghiburkan anda semua.

“Kami tertanya-tanya juga, adakah persembahan kami untuk penonton atau untuk juri?Walau tak hebat mana, tapi kami yakin dapat dengar gelak tawa orang dalam studio,”katanya.

Dalam pada itu, Tapai turut memohon maaf atas segala kekurangan atau kata-kata yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak selain menyatakan rasa terima kasih atas sokongan semua pihak yang menyokong kumpulan Taichi di MLM 2021.

Terdahulu, Taichi tersingkir dalam program MLM 2021 yang diadakan secara langsung baru-baru ini namun apa yang mengecewakan adalah tiada Ha diberikan oleh juri yang duduk di hadapan pentas.

MLM 2021 menampilkan juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan Noh Salleh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya