uCustoms: Pegawai Kastam ditahan - Utusan Malaysia

uCustoms: Pegawai Kastam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung isu ketirisan dalam projek uCustoms.

Penahanan itu menjadikan tiga individu ditahan SPRM membabitkan kes ketirisan dalam projek milik JKDM selepas dua lelaki termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat diberkas, baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, pegawai penguat kuasa yang ditahan dipercayai antara individu terlibat dalam urusan lantikan kontraktor dan sistem uCustoms berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan lanjut mengenai penahanan itu SPRM setakat ini.

“Keterangan membabitkan CEO sebuah syarikat yang direman pada Jumaat lalu telah selesai dan dia dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan SPRM.

“Difahamkan, yang masih ditahan ketika ini adalah seorang pegawai penguat kuasa di agensi terlibat,” katanya di sini semalam.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, keterangan beberapa pegawai daripada agensi penguat kuasa terlibat telah diambil namun tiada penahanan dilakukan.

Keterangan mereka diambil susulan penahanan seorang CEO sebuah syarikat berusia 56 tahun.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah antara yang akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan mengenai kegagalan menyiapkan sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta, sehingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya