SHAH ALAM: Penduduk di Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini mengalu-alukan orang ramai yang akan berdepan gangguan air bermula esok mendapatkan bekalan air perigi yang disediakan. Terdapat sembilan buah perigi, tiga darinya baru digali tahun lepas digunakan penduduk tempatan sebagai bekalan air alternatif dan boleh menampung permintaan lebih 30,000 pengguna. Pengerusi Persatuan Anak Jati Jalan Kebun, Yazid Muhidin mengalu-alukan penduduk dari kawasan lain di negeri ini yang…










