fbpx

’Saya mengakui saya seorang ‘transwoman’ – Nur Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat akhirnya membuka mulut tentang dirinya yang sebenar.

Nur Sajat, 36, membuat pengakuan terbuka sebagai seorang ‘transgender’ ketika muncul secara ‘live’ di TikToknya hari ini.

“Sajat takut kena kecam. Saya usahawan, jadi kalau boleh tak nak beritahu orang ramai.

“Biarlah mereka kenal kita sebagai Nur Sajat. Perlu ke cerita latar belakamg hidup kita pada orang lain,” katanya.

Kata Sajat lagi, dia hanya ingin berkongsi kisah kejayaan sebagai usahawan berjaya dan bukan cerita sebagai seorang transwoman.

“Saya nak kongsi pasal kejayaan, bukannya cerita tentang diri sendiri. Lainlah kalau kita ini jual diri, bolehlah kita cerita tentang diri sendiri.

“Di sini saya mengakui saya seorang ‘transwoman’. Faham ‘woman’ ialah perempuan cuma yang membezakannya ialah perkataan ‘trans’ kira saya ini memang perempuan pun,” ujarnya.

Sebelum ini Sajat telah mengesahkan kini menetap di Australia dan memberi bayangan tidak akan kembali ke Malaysia.

POPULAR

KOSMO! TERKINI