Plat VCL 1: Syed Saddiq dikecam warganet  - Utusan Malaysia

Plat VCL 1: Syed Saddiq dikecam warganet 

TANGKAP layar memaparkan nilai bidaan sifar untuk nombor plat pendaftaran VCL 1 didakwa dimiliki Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – Foto media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tidak lama selepas menyindir Barisan Nasional (BN) berhubung isu didenda RM10,000, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian dikritik warganet kerana didakwa memperoleh nombor pendaftaran VCL 1 buat Proton X70 dipandunya secara percuma.

Ia susulan tular gambar bekas Menteri Belia dan Sukan  era Pakatan Harapan (PH) memandu kereta Proton X70 berwarna hitam menggunakan  nombor plat VCL 1 keluar dari  pekarangan Parlimen kelmarin.

Netizen pantas ‘menghidu’ peluang bagi mengkritik Ahli Parlimen Muar itu bukan kerana penampilan segak beliau yang berbaju batik buat julung kali di Dewan Rakyat, sebaliknya, mereka secara ‘berjemaah’ membongkar harga bidaan plat bernombor cantik itu yang didakwa diperoleh percuma ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Nilai tanpa kos itu turut banyak dijadikan bahan jenaka oleh pengguna media sosial yang sinis mempersoalkan Syed Saddiq yang  konon canang dirinya ‘suci bersih’ dan prihatin dengan masalah rakyat miskin.

Mereka juga memuat naik kenyataan lama Syed Saddiq setelah kejatuhan PH  yang mendakwa mahu gaji menteri dipotong 10 peratus dan tolak rumah mewah di Putrajaya.

Ironi, bekas menteri Kabinet itu turut didakwa menerima ‘keistimewaan’ sebagai anggota pentadbiran kerajaan dengan kadar bidaan dikatakan sifar ringgit untuk plat unik siri pendaftaran VCL tersebut pada 2018 lalu.

“Malulah perangai awak ni dibandingkan Sultan Johor sanggup beli nombor cantik demi bantu jana pendapatan negara, tetapi awak pula dapat percuma,” kata warganet bernama Pak Ya.

“Kalau betullah cakap besar konon hendak tolong negara, sepatutnya YB belilah nombor plat tu, biarlah sepadan dengan gaji besar awak,” sindir netizen dengan nama samaran Din Karim.

“Sembang macam hebat tapi ke laut, kedekut ke habis duit gaji masa jadi menteri beli nombor cantik dari Jabatan Pengangkutan Jalan,” kata pengguna media sosial yang dikenali Kak Ton.

Setakat ini, rekod plat kenderaan paling mahal di negara ini ialah Malaysia 1 yang dibida lebih tiga tahun lepas oleh Aldi International Sdn. Bhd. dengan mencecah harga RM1,111,111. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya