PEMBUKAAAN institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka kekal pada 4 Oktober ini berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Namun, ia hanya melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK), sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas (SMKPK), sekolah menengah pendidikan khas vokasional (SMPKV) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).
Ini termasuk murid Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Sukan Malaysia dan Murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBDP).
Berdasarkan peralihan fasa negeri-negeri berkenaan ke Fasa 3 PPN bermula semalam, maka pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan fasa tersebut hanya akan bermula pada 18 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE