Penerbit Rancangan LangkawiFM rugi RM7,799 ditipu 'BigPay'  - Utusan Malaysia

Penerbit Rancangan LangkawiFM rugi RM7,799 ditipu ‘BigPay’ 

NUR Asyikin W. Azemim menunjukkan SMS yang diterima daripada individu yang menyamar sebagai wakil syarikat BigPay di Langkawi hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang Penerbit Rancangan LangkawiFM kerugian  RM7,799 apabila wang simpanannya lesap  ditipu individu menyamar sebagai kakitangan syarikat aplikasi wang, BigPay.

Wan Nur Asyikin W. Azemim, 29, berkata, dia menerima panggilan daripada individu tersebut semasa dia berada di tempat kerjanya pada pukul 2.59 petang semalam.

Dia yang juga bekas wartawan penyiaran di stesen radio itu berkata, individu tersebut memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat BigPay sebelum meminta dia berkongsi nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang dihantar  melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Wan Nur Asyikin mendakwa, dia seperti dipukau berkongsi nombor TAC tersebut sebanyak enam kali sebelum panggilan ditamatkan selepas kira-kira sejam bercakap dengan individu terbabit

“Individu itu memaklumkan bahawa saya perlu menukar kad BigPay berwarna biru kepada merah selain syarikat itu tidak lagi menjalankan kerjasama dengan syarikat AirAsia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia menyedari  ditipu selepas membuat semakan secara dalam talian dan mendapati wang RM7,799 dalam akaun telah dipindahkan ke akaun lain.

“Semakan mendapati transaksi pertama sebanyak RM4,999 diikuti RM1,800 dan RM1,000 sebelum membuat laporan polis petang semalam,” ujarnya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN