YAN: Dua keluarga di Kampung Setol di sini terkejut apabila melihat dua aliran air baharu terbentuk seperti sungai yang melalui kiri dan kanan rumah mereka selepas banjir surut. Aliran baharu itu dipercayai berlaku setelah air dari Sungai Titi Hayun berdekatan rumah dua keluarga tersebut melimpah dan mengalir laju selepas sungai tersebut semakin cetek dan sempit berikutan kejadian kepala air pada 18 Ogos lalu. Penduduk terbabit, Saiful Azuan Md. Isa, 48,…










