Pembantu tadbir Risda  didakwa salah guna duit RM15,350 - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir Risda  didakwa salah guna duit RM15,350

MOHD. Amran Ghazali didakwa atas kesalahan menyalahgunakan wang RM15,350 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. -UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Amran Ghazali, 56, yang berkhidmat di Pejabat Risda Terengganu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat Risda Terengganu (Perkit) didakwa menyalahgunakan wang milik persatuan itu antara tahun 2016 dan 2017.

Mohd. Amran didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Hayatuddin Muhamad.

Mahkamah  menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin di samping perlu melapor ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan serta menyerahkan pasport antarabangsa.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya