Lima kakitangan forensik direman - Utusan Malaysia

Lima kakitangan forensik direman

LIMA petugas jabatan forensik tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam bagi mendapatkan perintah reman ke atas mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima kakitangan Jabatan Forensik sebuah hospital yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dipercayai berperanan menghubungi ejen-ejen pengurusan jenazah mengenai kematian yang perlu diuruskan.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, setiap maklumat dikenakan bayaran tertentu sebagai syarat tawaran menguruskan jenazah yang ada.

Kata sumber itu, jika ejen pengurusan jenazah itu tidak bersetuju dengan syarat berkenaan, tawaran itu akan diberikan kepada ejen lain.

“Jadi, siasatan SPRM tidak menolak kemungkinan terdapat banyak ejen pengurusan jenazah telah berurusan dengan kesemua suspek.

“Bagaimanapun, siasatan SPRM masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,”katanya ringkas.

Terdahulu, lima kakitangan Jabatan Forensik berkenaan direman selama lima hari selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×