Keputusan solat jemaah tanpa jarak fizikal tidak perlu ambil masa lama - Utusan Malaysia

Keputusan solat jemaah tanpa jarak fizikal tidak perlu ambil masa lama

 ZULKIFLI Mohamad al-Bakri menerima cenderahati daripada penyanyi lagu-lagu islamik, Daqmie (kiri) selepas Majlis Pelancaran Maktabah al-Bakri di Nilai, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan tidak perlu mengambil masa lama membuat keputusan bagi membenarkan umat Islam di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa dibatasi penjarakan fizikal.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bagaimanapun berpandangan, perkara itu perlu sudah tentu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang bersama pihak lain termasuk Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya rujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mungkin mereka boleh bersidang dan melihat semula kajian mengenai perkara ini, barulah ia boleh memutuskan perkara berkenaan. 

“Ia perlu melihat data-data dan biasanya Kementerian Kesihatan akan menasihati, mungkin sekarang ini jika melihat gelombang penularannya perlahan namun mungkin kebolehjangkitan itu tinggi dan itu memerlukan data-data daripada pihak berkaitan. 

“Situasi ini kita tidak perlu ambil masa yang lama tetapi perlu menilai semula data-data terkini merebaknya jangkitan Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Maktabah al-Bakri di Nilai, di sini hari ini.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) esok dijangka akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah.

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula kelmarin dengan kelonggaran solat tanpa penjarakan fizikal. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya