KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sudah membuat pembayaran kepada syarikat keselamatan yang mempunyai kontrak dengan sekolah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia negeri, Rozieana Ahmad berkata, sepatutnya tidak timbul soal tunggakan gaji pekerja terbabit. Katanya, apabila kontraktor sudah menerima bayaran, maka adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membuat pembayaran kepada pekerja mereka. “Syarikat itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja. Oleh itu, aduan harus…










