Jakim tak pernah keluar sijil halal bagi produk kewangan seperti wang Kripto, Bitcoin, Forex - Utusan Malaysia

Jakim tak pernah keluar sijil halal bagi produk kewangan seperti wang Kripto, Bitcoin, Forex

TANGKAP layar sijil halal palsu bagi mempromosikan produk kewangan mereka berasaskan Wang Kripto, Bitcoin dan Forex.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya tidak pernah menawarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi mana-mana produk kewangan berasaskan wang Kripto, Bitcoin dan Forex.

Jakim menerusi Bahagian Hab Halal berkata, sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status SPHM terhadap produk kewangan iaitu wang Kripto, Bitcoin dan Forex.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM.

“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan SPHM palsu dengan memalsukan kelulusan daripada Jakim dan Jabatan Agama Islam Perlis bagi mempromosikan produk kewangan mereka berasaskan wang Kripto, Bitcoin dan Forex.

Tindakan itu dilakukan bagi mempengaruhi orang ramai supaya mendapatkan perkhidmatan dan melanggan produk mereka selain mendakwa ia patuh syariah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya